Tuesday, July 13, 2010

aku mahu terbang : Baoshan Ancient Stone City

Saya suka tonton KBS World Channel 303. Ada satu hari, saya terbuka channel ini, sedang ada program in - Backpack Travelling. Yang ini, kadang-kadang tonton juga, selalunya tidaklah. Nak kena lempar dengan selipar? Mahu seisi rumah saya bergegar sebab saya layan channel Korea. Saya kena bagi chance pada ahli keluarga menikmati rancangan mereka juga. Seperti, 104 dan 105 - maafkan saya, tapi, channel saya paling tak suka! Drama 24jam. Haip! Okay. ini blog ala-ala travelling. Jangan luah pendapat berlebihan tentang perkara lain. Baik!

Satu malam yang indah, ahli keluarga macam putus harapan nak menonton, ada yang dah tertidur awal, ada yang buat homework dan ada yang tertidur lagi.

Jadi, Astro remote control di tangan saya. Okay, 303! Backpack Travelling! Halfway dah cerita dia. Tapi tak apa. Saya asyiklah ter 'WOW' sana, ter 'WOW' sini bila menonton malam itu. Kenapa? Sebab dia cerita pasal kampung unik di China yang cantik sekali. Saya rasa macam nak terbang pergi waktu itu juga. WOW! Lagi sekali. Subhanallah. Mari kita kongsi ya. Saya 'Google' saja info ini. Kalau tak kongsi macam nak meletup dada ni. Over! HEHE! Jom.


sources : Google Image

FUH! Cantik tak? Kurang jelas? Baik. Kita zoom sikit ya.

sources : Google Image


sources : Google Image


sources : Google Image


Okay, nampak? Ya, ini kawasan perumahan. Atas bukit. kampung atas bukit.
Cantik dan 'WOW' kan? Seram dan gayat sikit pun ada. Tapi saya suka.
Rasa macam nak terbang ke sini. Nak tahu rasa tinggal di sini.
Berkenalan dengan penduduk-penduduk dia. Apa mereka buat?
Ya, mereka bercucuk tanam. Tapi, mesti rutin hidup mereka unik kan?


Saya ada 'google' juga sedikit info tentang tempat ini. Ini dia.



Baoshan Ancient Stone City

The remarkable community of Baoshan Ancient Stone City, usually called Baoshan, is la bout 130km north of Lijiang. Baoshan Stone Village (baoshan shicheng) is located on a Herculean rock in the Jinsha River Valley. Virtually everything in the village is made of stone: stone ovens, stone water vats, stone beds, stone chairs and so on.

The village is surrounded by cliffs on four sides with the Jinsha River flowing below and a small path leading to the outside world, one meter wide, creeps along the edge of the village. It comprises of more than one hundred families on the top of a gigantic rock.


This town was built in the late 13th century (Yuan Dynasty). In the Naxi tongue, it is called "La Bai Lu Pan Wu". La Bai was the first local Naxi leader, who lives here. Lu Pan Wu means white stone village. This town has such a long history due to its unique geographic location. It occupied a dazzling site, high on a ridge overlooking the Upper Yangzi River (Jinsha River ), surrounded by tightly ascending terraced fields .

In this town, you may feel amazed at the sight of many household items made of stone. Visitors may wonder where they do their farming of crops. They do their planting just below this uniquely perched village. Thus, this is an interesting and fun spot to visit, and it is fascinating to see the practicalities of life for the various groups of people living in this remote


sources : http://www.china-tour.cn/Lijiang/Baoshan-Ancient-Stone-City.htm



Melalui tontonan saya, penduduk di sini bercucuk tanam dan menternak binatang. Tiada kenderaan yang maju sebab jalan di situ hanyalah selebar 1 meter sahaja. Jadi, mereka semua, lelaki mahupun wanita mahupun kanak-kanak. Tua atau muda, berjalan kaki. Saya tersengih seorang diri bila si wartawan Korea ini ingin ke kampung mereka dan wanita-wanita yang baru balik bertani berkata ' Mari ikut kami. Berjalan kaki.' saya translate saja sendiri ya. Wartawan tadi pun ikutlah dari belakang.

Tetapi, betullah kata orang, practice make perfect.

Wartawan tadi tertinggal ada lah dalam 3+ meter belakang wanita tadi. HAHA! Laju betul makcik-makcik tu berjalan. Terkedek-kedek juga lah nak mengejar. Mereka ini juga bekerja hanya sampai tengah hari. Tengah hari waktu santai dan berehat. Lapang dan nyaman hidup mereka kan. Apalah yang ingin dikejar-kejarkan. Seronok saya tengok. Ada juga ditunjukkan sekolah dan tempat-tempat unik yang lain. Malangnya, jumpaan gambar melalui kembara internet saya kurang memberangsangkan. Mungkin lain kali.


Budget kalau nak ke sana. Tak sempat nak search lebih mendalam. Tak sabar nak buat entry. Jadi yang ini dahulu. Saya edit dan update kemudian yang lain-lain ya.

Untuk lebih detail, silalah layari ini -
http://www.china-tour.cn/Lijiang/Baoshan-Ancient-Stone-City.htm


“The use of traveling is to regulate imagination by reality, and instead of thinking how things may be, to see them as they are.”Samuel Johnson


Jumpa lagi ;)



Rujukan saya:
> http://www.china-tour.cn/Lijiang/Baoshan-Ancient-Stone-City.htm
> http://www.google.com.my/images?hl=en&gbv=2&tbs=isch%3A1sa=3&q=Baoshan+Ancient+Stone+City&btnG=Search+images
> KBS World 303 ~ Backpack Travelling

2 comments:

  1. sangat sangat menarik. agaknya kalau pi tempat ni tunggu kwsp kot. hehe

    ReplyDelete
  2. haha.time tu moga2 larat lagilah nak berjalan kaki sahaja!

    ReplyDelete